Program PERDA4U Kembali Ke Sekolah 2023

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
24 Februari 2023  |  Dewan Rafflesia, Midtown PERDA

Seksyen Pembangunan & Kesejahteraan Masyarakat di bawah Bahagian Pembangunan Insan hari ini telah melaksanakan Majlis Penyerahan Baucar kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah bimbingan PERDA bertempat di Dewan Rafflesia, Midtown PERDA, Kubang Menerong.

Pelajar-pelajar yang menerima baucar ini adalah kumpulan sasar terdiri daripada keluarga B40 dan miskin. Baucar bernilai RM150 diberikan bertujuan meringankan beban kumpulan sasar dalam mendapatkan kelengkapan sekolah bagi kemasukan sesi persekolahan baharu pada Mac depan.

Majlis penyerahan baucar ini dirasmi dan disempurnakan oleh Puan Noor Hayati Binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA. Hadir bersama Encik Mohd Salleh bin Husain, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan PERDA.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.