18 November 2023 | Agrotourism Tasek Gelugor
Program Explorace @ Hidden Gems In Penang Bersama Komuniti Perumahan Teluk Kumbar telah berlangsung pada 18 November 2023 bertempat di Agrotourism Tasek Gelugor.
Berkonsepkan explorace, peserta berpeluang meneroka kampung, menaiki bot dan melibatkan diri dengan aktiviti bersama penduduk tempatan. Peserta perlu menyelesaikan tugasan yang diberi secara berkumpulan di setiap checkpoint yang telah ditetapkan.
Objektif program ialah memupuk sahsiah dan contoh teladan yang baik. Selain itu, meningkatkan keyakinan dan percaya kepada potensi diri supaya dapat diterapkan dalam diri khususnya dan kepada keluarga serta komuniti. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan). Turut hadir Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah dan Teknikal.
Kredit Foto : Jazraini Jaapar