Program Aspirasi Wanita @ PERDA, "Cetus Inspirasi Personaliti Madani"

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
06 Ogos 2023 | Dewan Dahlia, Midtown PERDA

Program Aspirasi Wanita @ PERDA : Cetus Inspirasi Personaliti Madani ini merupakan salah satu inisiatif yang telah diambil oleh pihak PERDA untuk fokus kepada para wanita yang terdiri daripada ibu, ibu tunggal, suri rumah, peniaga kecil, beliawanis yang ingin mendapatkan motivasi bagi kehidupan yang harmoni, personaliti yang unggul, peningkatan keyakinan diri disamping mempelajari kemahiran yang boleh digunakan bagi membantu menjana pendapatan sampingan untuk meningkatkan sosio ekonomi keluarga.

Selain itu, program ini turut membolehkan PERDA mendekati dan menyantuni masyarakat di negeri Pulau Pinang khususnya penduduk luar bandar dalam kawasan operasi PERDA.

Menerusi pelaksananaan program ini juga diharapkan ianya dapat:
  1. Memperkasakan peranan wanita dalam komuniti dan masyarakat sama ada dari sudut pengurusan personaliti diri, ilmu pengetahuan, penglibatan serta peluang dari aspek keusahawanan dan sosial yang seimbang;
  2. Membuka minda para wanita agar mampu untuk menguasai sesuatu kemahiran supaya dapat meningkatkan keyakinan serta memberi motivasi untuk terdorong ke arah memajukan diri dan menambah pendapatan sampingan untuk sosio ekonomi keluarga yang lebih kukuh;
  3. Menyediakan platform serta memberi peluang kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada ibu, ibu tunggal, suri rumah, peniaga kecil dan beliawanis untuk berkongsi pandangan mengenai pengalaman hidup dalam memajukan diri disamping dapat membantu untuk mengukuhkan ekonomi keluarga;
  4. Meningkatkan keyakinan diri para wanita menerusi pengurusan imej yang unggul, penjagaan ketrampilan diri dan komunikasi yang berkesan dalam melaksanakan tugasan; dan
  5. Membantu dalam berkongsi ilmu dan kemahiran khususnya dalam pengurusan personaliti diri dan penjanaan pendapatan sampingan kepada para wanita agar dapat diadaptasi dan digunapakai dalam meningkatakan keyakinan diri dan peningkatan sosio ekonomi keluarga selaras dengan situasi dan arus pemodenan sekarang.
Pengisian program ini akan diisi dengan slot wacana ilmu dan motivasi, aktiviti pertandingan melibatkan kanak–kanak dan ibu bapa, demonstrasi gubahan dan hiasan, cabutan bertuah, penyampaian bantuan dan hadiah pertandingan serta reruai pameran.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.