Program Klik-Klik Senang Akaun

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
7 - 9 Ogos 2023 | Midtown PERDA, Kubang Menerong
 
Program Klik-Klik Senang akaun ini merupakan program anjuran PERDA dengan kerjasama SMECorp Malaysia Negeri Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu skop di bawah Program Micro Connector 2.0. Seramai 57 orang usahawan telah menghadiri program ini. Para peserta terdiri daripada usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, ejen pelancongan, pembuatan makanan, pengusaha restoran, pengusaha taska dan lain-lain lagi. Program ini telah dikendalikan oleh Gold-Cheers Holding (M) Sdn Bhd yang telah dilantik oleh SMECorp sebagai pelaksana. Bengkel selama 3 hari ini telah berlangsung dengan lancar dan padat dengan modul pengisian sistem perkaunan mudah yang disediakan untuk usahawan mikro.

Sistem Senang Akaun dapat membantu usahawan-usahawan mikro menguruskan akaun perniagaan dengan lebih mudah, efektif dan teratur. Penghasilan Perisian Senang Akaun telah menyediakan penyelesaian yang komprehensif dalam menguruskan perakaunan perniagaan khususnya usahawan mikro dengan kebanyakan kaedah pengiraan dan penghasilan laporan adalah secara automatik (user friendly account software). Perisian ini merangkumi penyediaan kunci kira kira, penyata untung rugi, pengkelasan perbelanjaan, inbois, laporan kewangan, cukai dan banyak lagi.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Ir Dr Shaikh Hussain Bin Mydin, Pengerusi PERDA, diiringi oleh Tuan Hj Mohd Asri Bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, Puan Nurul Zahirah Binti Ayob, Pengarah SMECorp Negeri Pulau Pinang. Turut hadir Tuan Hj Anuar Bin Hj Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, En. Noorkhaizan Bin Noor, Ketua Pegawai Operasi PVI Sdn Bhd dan En. Mohd Hazahari Bin Md Haris , Pengurus Pembangunan Ekonomi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para usahawan yang terpilih dan telah melengkapkan modul Senang Akaun ini sepanjang 3 hari.

 


AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.