Program Open Day @ Kompleks PERDA Food Park

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
19 - 20 Jun 2023  |  Kubang Menerong
  
Objektif utama program ini adalah memastikan kesinambungan dalam aspek peningkatan prestasi syarikat pengeluar, meningkatkan pengetahuan dan maklumat kepada usahawan PFP mengenai pakej bantuan yang berikan oleh agensi kerajaan dan swasta dan mewujudkan jaringan kerjasama berterusan di antara agensi dan usahawan serta menyediakan platform perniagaan melalui pencarian agent/dropship/pembangunan produk OEM.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaikh Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA. Turut hadir bersama adalah Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Asri bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Noor Hayati binti Ishak.

Ucapan Pengerusi PERDA juga menekan bahawa PERDA akan memberi sokongan dari segi latihan atau bimbingan daripada agensi berkaitan usahawan atau badan usahawan bagi memastikan produk mereka menembusi pasaran luar negara.

Penyampaian Anugerah Jualan Tertinggi Suku Pertama Tahun 2023 juga turut dianugerahkan kepada tiga usahawan yang telah berjaya mencapai jualan tertinggi iaitu Bertam Best Sdn Bhd (RM665,008.00), Bot Industries International Sdn Bhd (RM768,403.20) dan Now Food Sdn Bhd (RM2,139,061.59) dalam majlis tersebut.

#Tahniah diucapkan.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.