16 Oktober 2023 | Bahang Bay Hotel
PERDA julung kalinya mengadakan sesi Coffee Talk Bersama Pengerusi PERDA, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Shaikh Hussein Mydin dan Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri Baharum, serta Penyerahan Watikah Pelantikan Panel Peguam PERDA Tahun 2023 pada 16 Oktober 2023.
Majlis dihadiri oleh Puan Noor Hayati Ishak Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA, Tuan Haji Anuar Shahab Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Tuan Ismail Bin Baharom @ Abdul Rahim Penasihat Undang-Undang Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Muhammad Syamim Bin Abd Manan Peguam Persekutuan II Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Panel Peguam PERDA yang dilantik.
Objektif program ini adalah bagi menjelaskan peranan dan fungsi PERDA kepada golongan professional terutamanya Panel Peguam PERDA. Program ni juga adalah menjadi satu platform kepada golongan professional bertukar pandangan dengan pengurusan tertinggi.
.jpg)
Coffee Talk Bersama Pengerusi PERDA & Pengurus Besar PERDA serta Penyerahan Watikah Pelantikan Panel Peguam PERDA
- Hits: 1319
GALERI GAMBAR