Perhimpunan Bulanan dan Majlis Persaraan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
19 September 2023  |  Dewan Utama PERDA-TECH

Perhimpunan Bulanan bagi Bulan September dan Majlis Persaraan telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Utama PERDA-TECH.

Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum melalui ucaptamanya menekankan bahawa warga kerja PERDA perlu terus komited dalam melaksanakan tugas agar semua perancangan dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyarankan kesemua warga kerja PERDA memberi sokongan kepada penganjuran EXPERT 2023 yang bakal membuka tirainya pada 28 September 2023 sehingga 1 Oktober 2023.

Selain itu, majlis turut meraikan kejayaan Pasukan Kawad Kaki PERDA yang berjaya meraih tempat pertama semasa Perbarisan Hari Kebangsaan tempoh hari.

Majlis persaraan pula meraikan empat orang pesara iaitu Encik Roslan Samsudin, Puan Tahiyah Idris, Encik Shukri Hassan dan Encik Zulkafli Embi.

Sesi penyerahan sumbangan zakat oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada PERDA-TECH turut diadakan bersempena majlis pada hari ini.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.