Kursus Pemantapan Imej & Keterampilan Diri Usahawan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
5 - 7 September 2023  |  Hompton By The Beach, Pulau Pinang
 
Kursus Pemantapan Imej & Keterampilan Diri Usahawan anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang telah berlangsung pada 5 - 7 September 2023 bertempat di Hotel Hompton By The Beach, Pulau Pinang.
 
Objektif kursus adalah seperti berikut :
  • Membina keyakinan diri peserta melalui penampilan profesional
  • Memberi imej positif untuk jabatan/organisasi
  • Berpakaian mengikut kod pakaian (dress code), acara dan persekitaran
  • Pemilihan pakaian mengikut bentuk badan
  • Pemilihan warna sesuai untuk kulit, warna ketenangan dan suai padan
Kursus ini dikendalikan oleh En Hafiz Bin Nik Mustapha, Pengasas Cutecarry Sdn Bhd bersama team CC Cutecarry Beauty & Health.

Slot akhir kursus telah diserikan lagi dengan kehadiran Puan Zurina Johari, seorang perunding imej dan juga pernah berkhidmat sebagai peramugari sebuah syarikat penerbangan yang menyentuh topik komunikasi dan penampilan melalui dress code & accessories.

Kursus ini dirasmikan oleh En. Mohd Hazahari Bin Md Haris, Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA.

Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.


AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.