02 November 2023 | Universiti Kebangsaan Malaysia
Tuan Hj Mohd Asri Bin Baharum, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Pejabat Naib Canselor, UKM.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan ruang dan peluang kerjasama antara PERDA melalui Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dengan pihak UKM dalam bidang pendidikan.
Deligasi UKM juga disertai Prof. Dato’ Ts Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar dan Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussain, Pengarah UKM Shape.
Manakala delegasi PERDA turut disertai oleh En Zolkhifli Mohamed, Pengarah PERDA-TECH dan juga Puan Norhanani Mohd Radzi, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan & HEP PERDA-TECH.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pihak UKM kerana sudi menerima kunjungan hormat ini.
Kredit Foto : Norhanani Mohd Radzi

GALERI GAMBAR