14 Disember 2023 | Ibu Pejabat PERDA
PERDA telah menerima kunjungan daripada Bahagian Kewangan KEDA seramai 26 orang anggota yang diketuai oleh Puan Nor Shafiza Hussain, Akauntan KEDA.
Kunjungan ini adalah sebagai perbincangan dan perkongsian pengurusan kewangan PERDA, trend dan cabaran ekonomi semasa serta bertukar pandangan tentang polisi-polisi bagi memanfaatkan serta memperkemaskan gerak kerja bahagian kewangan jabatan masing- masing.
Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Puan Nor Riyana Ramli, Pengurus Kewangan telah mengetuai sesi kunjungan deligasi ini. Turut hadir bersama bagi sesi bergambar adalah Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA.
Semoga sesi ini dapat merapatkan hubungan kerja antara jabatan serta dapat merangka, menyusun dan melaksanakan tatakelola kewangan dengan lebih cekap dan efisyen.
GALERI GAMBAR