Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim. Turut hadir bersama YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, YB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Penganjuran ekspo ini melibatkan penyertaan dan kerjasama daripada 280 institusi pendidikan TVET@KKDW, di bawah tujuh (7) agensi utama kementerian ini, seperti berikut:
(i) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS);
(ii) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);
(iii) Majlis Amanah Rakyat (MARA);
(iv) Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA);
(v) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA);
(vi) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH); dan
(vii) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Manakala, institusi pendidikan TVET@KKDW yang terlibat adalah seperti berikut:
(i) Akademi Kemahiran KEMAS;
(ii) Universiti Kuala Lumpur (UNIKL);
(iii) German-Malaysian Institute (GMI);
(iv) MARA Japan Industrial Institute (MJII);
(v) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM);
(vi) Institut Kemahiran MARA (IKM);
(vii) GIATMARA;
(viii) Kolej KEDA;
(ix) Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH);
(x) Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM);
(xi) Kolej RISDA;
(xii) Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor; dan
(xiii) Kolej KETENGAH.
Objektif penganjuran Ekspo TVET@KKDW 2023 adalah untuk mempromosikan program dan peluang latihan kemahiran yang disediakan oleh agensi/institusi TVET@KKDW kepada masyarakat dan memberi peluang kepada masyarakat khususnya luar bandar untuk berinteraksi terus dengan agensi/institusi TVET@KKDW serta meningkatkan sinergi dan kerjasama di kalangan agensi/institusi TVET@KKDW.
Ekspo ini turut melibatkan pameran oleh rakan-rakan strategik industri yang telah menjalinkan kerjasama dengan Institusi TVET@KKDW seperti Perodua, Modenas, Celcom dan sebagainya.
Pengambilan pekerjaan menerusi temuduga juga akan dilaksanakan oleh pihak industri dan juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Program TVET di KKDW ternyata mampu melahirkan belia luar bandar yang kompeten dan berdaya saing melalui program TVET, graduan yang berkemahiran dan mempunyai peluang cerah dalam kehidupan.
Kebolehpasaran graduan (diambil kira dalam aspek melanjutkan pengajian, menjadi usahawan atau bekerja dengan majikan dalam tempoh 6 bulan selepas graduasi) bagi institusi pendidikan TVET@KKDW adalah tinggi iaitu mencapai purata 91.42% (data sehingga 31 Mac 2023).
Dua belas (12) kementerian yang melaksanakan program TVET di Malaysia, KKDW memiliki institusi pendidikan TVET yang terbesar dengan penawaran program dan kursus kemahiran yang pelbagai.
Promosi berterusan perlu dilaksanakan supaya segenap lapisan masyarakat di malaysia mendapat pendedahan mengenai dengan peluang pendidikan kemahiran dan pekerjaan yang disediakan.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Anwar Ibrahim
Zahid Hamidi
Rubiah Wang
Mohd Asri Baharum
Shaik Hussein Mydin
Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)
Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd
#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #LuarBandarSejahtera #PERDATECH #tvetkkdw #TVET #mediaperda
#pulaupinang #MalaysiaMadani #pilihankemahirananda #EkspoTVETKKDW2023 #tvetmalaysia
GALERI GAMBAR