Lawatan Kerja Majlis Bersama Jabatan PERDA Ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
10 Oktober 2023  |  Kota Kinabalu

Satu lawatan kerja oleh Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PERDA ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah diadakan pada 10 Oktober 2023 sebagai langkah untuk bertukar-tukar pandangan dalam memantapkan lagi pengurusan mesyuarat MBJ.

Delegasi PERDA yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Anuar bin Shahab telah disambut oleh Pengerusi MBJ DBKK, Encik Awang Azmee bin Awang Kati bersama barisan pengurusan.

Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini dapat membuka minda dan memberi idea-idea baharu berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh MBJ DBKK dalam menambahbaik pengurusan mesyuarat MBJ di PERDA.

Foto : Muhammad Nursolehin bin Abdul Malek

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.