Program PERDA Santuni Komuniti Madani bersama YBhg Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
07 Julai 2023 | Dewan Serbaguna Sungai Chenaam, Nibong Tebal
  
Terima kasih kepada penduduk Kampung Sungai Chenaam, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Jumlah kunjungan hari ini dianggarkan sebanyak 800 pengunjung dan sebanyak 700 ekor ayam mentah telah diedarkan secara PERCUMA kepada mereka.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA.

Pengisian untuk setiap siri pelaksanaan program ini akan melibatkan aktiviti ceramah motivasi, jualan Agro Madani bersama pihak FAMA dan pemberian sumbangan Bakul Rahmah, sumbangan program peningkatan ekonomi, pertandingan mewarna kanak-kanak bersama ibu bapa dan aktiviti cabutan bertuah.

Program pada hari ini juga turut melibatkan kerjasama PERDA dengan pihak Perpustakan Desa PNM Pulau Pinang di dalam acara pertandingan mewarna kanak-kanak. Seramai 70 orang peserta dalam kalangan kanak berusia 6 hingga 12 tahun telah turut serta dalam pertandingan mewarna ini. Semua peserta telah diberikan sijil dan pingat penyertaan.

Aktiviti pameran turut diadakan melibatkan pameran perumahan oleh pihak PVISB, kemudahan pengajian di PERDA-TECH dan booth pameran dari Bahagian Pembangunan Ekonomi, PERDA.

Secara amnya, program ini mensasarkan penglibatan seramai 10,000 ribu orang kumpulan sasar menerusi pelaksanaannya untuk keenam-enam siri di sekitar negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada kepimpinan kampung dan masjid, penduduk setempat, para pelajar, ibu bapa serta kanak-kanak.

Seramai 3 individu yang layak telah menerima bantuan dalam bentuk mesin dan peralatan melalui Program Memupuk Ekonomi Kecil (MEPK).

Pengerusi PERDA turut memberi sumbangan peribadi bernilai RM5000.00 kepada Qariah Masjid Nurul Huda, Sungai Chenaam.


AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.