Kursus Pemantapan Usahawan Siri 1 bagi Peserta PREP

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
19 - 20 Ogos 2023  |  Sedim Riverside Resort, Kedah

Kursus Pemantapan Usahawan Siri 1 merupakan sebahagian modul pembelajaran bagi peserta Program Rural Apprentice Entreprenuership PERDA (PREP).

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai ilmu perniagaan dan skim bantuan yang ditawarkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Penyertaan program ini terdiri dari 55 orang peserta yang akan menjalani tiga fasa program yang telah ditetapkan iaitu Latihan Asas Kemahiran, Kursus Pemantapan Usahawan dan Pembekalan Mesin dan Peralatan Kemahiran Asas.

Peserta PREP yang menghadiri kursus ini diberikan pendedahan bagi menjadi usahawan mengikut bidang yang dipilih. PREP 2023 menawarkan tujuh bidang keusahawan yang baru iaitu :
a) Perkhidmatan Servis Kereta
b) Barista
c) Kayropraktik
d) Digital Multimedia
e) Tanaman Cendawan
f) Pembersihan
g) IOT- Pendawaian Elektrik

Selain itu, kursus ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri Bin Baharum.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.