Oleh Nur Izzati Mohamad - September 21, 2023 @ 4:09pm
BUTTERWORTH: Ekspo Usahawan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) (EXPERT) 2023 yang akan berlangsung selama empat hari mulai 28 September hingga 1 Oktober depan, menyasarkan perolehan nilai jualan sebanyak RM1.5 juta.
Pengerusi PERDA, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin, berkata EXPERT diteruskan lagi tahun ini selepas pencapaian yang ditunjukkan pada siri pertama tahun lalu begitu memberangsangkan.
Katanya, EXPERT 2023 kali ini membabitkan penyertaan 250 reruai pameran termasuk 182 reruai jualan produk usahawan serta pelbagai agensi; sebuah bilik perkhidmatan spa; 13 'food truck'; 12 reruai sektor korporat, 10 trak atau bas perkhidmatan, 25 reruai kerjaya serta tujuh pameran mesin dan peralatan.
"Harga reruai usahawan ditawarkan serendah RM200 sepanjang empat hari program berlangsung kerana kita mahu memastikan usahawan tidak terbeban dengan harga tapak yang mahal.
"Ini sekali gus dapat mendorong usahawan membuat jualan terus kepada pengunjung dengan harga lebih murah dan berpatutan," katanya yang menyasarkan kehadiran lebih 70,000 pengunjung sepanjang program itu diadakan.
Shaik Hussein berkata, bertemakan 'Dimensi Usahawan Madani' EXPERT diperkenalkan bertujuan mempromosikan produk keluaran usahawan, khususnya peniaga luar bandar Pulau Pinang.
"Platform ini memberi ruang menyeluruh kepada usahawan yang telah menjalankan perniagaan mahupun baru menceburi bidang keusahawanan.
"Ia selaras dengan objektif kita yang mahu membantu usahawan memperkenal dan mempromosi produk atau perkhidmatan syarikat serta membolehkan setiap usahawan bertemu bagi aktiviti pemadanan perniagaan sekali gus meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
Jelasnya, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti, pertandingan serta hiburan menarik sepanjang program berlangsung.
"Antara yang kita akan adakan sambutan Maulidul Rasul, pertandingan azan; bercerita sirah nabi serta nasyid; Jualan Rahmah, program robotik, kerjaya; e games, pertandingan karom dan banyak lagi, selain konsert yang kita bawakan artis tempatan untuk menghiburkan pengunjung," katanya.
"Pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah harian serta hadiah bonanza bernilai lebih RM15,000," katanya.
Sumber Artikel : BH Online