19 Januari 2023 | Dewan Mutiara Wawasan
Perhimpunan Bulanan PERDA bagi bulan Januari 2023 telah diadakan di Dewan Mutiara Wawasan dan dihadiri kira-kira 80 orang pegawai serta kakitangan.
Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri menerusi ucapannya menekankan beberapa perkara sebagai anjakan terbaharu dalam membentuk imej PERDA yang lebih segar yang sejajar dengan perkembangan semasa.
Antara perkara yang digariskan oleh beliau ialah pengukuhan tadbir urus organisasi, dimensi ekonomi berimpak tinggi, pembangunan hartanah bersepadu, keunggulan TVET dan beberapa lagi insiatif lain yang dilihat akan memacu PERDA pada satu tahap yang lebih tinggi.
Pada masa yang sama, Pengurus Besar turut menyampaikan Anugerah Staf Ikon PERDA bagi bulan September - November 2022 kepada Encik Mohd Safwan Fathi yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dalam tempoh berkenaan.
GALERI GAMBAR