13 Disember 2023 | Balik Pulau
PERDA telah melaksanakan Program Bersama Komuniti Sungai Rusa pada 13 Disember 2023 bertempat di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Sosial dan Komersial Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang.
PERDA telah melaksanakan Program Bersama Komuniti Sungai Rusa pada 13 Disember 2023 bertempat di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Sosial dan Komersial Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga kerja PERDA dan Komuniti Kariah Masjid Sungai Rusa di samping memberi hebahan awal kepada komuniti berkaitan pusat fasiliti baharu yang telah siap dinaiktaraf sepenuhnya di tapak program ini.
Tapak projek ini dijangka beroperasi pada awal tahun hadapan yang akan memberi manfaat kepada penduduk setempat dari segi aktiviti sosial dan ekonomi khususnya komuniti di Daerah Barat Daya.
GALERI GAMBAR