29 - 30 November 2023 | Kuala Lumpur
Kemuncak Sambutan Bulan Integriti PERDA 2023 adalah Kursus Pengukuhan Integriti "Take Charge" pada 29 dan 30 November dan lawatan ke Penjara Wanita Kajang pada 1 Disember 2023.
Kedua-dua program ini melibatkan peserta-peserta merentasi unit, bahagian dan juga PERDA-TECH berjumlah 26 orang.
Objektif kursus ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara kesemua peserta dan memberi penghayatan kepada peserta mengenai konsep integriti merangkumi adab serta tata kelakuan secara keseluruhan dan bukan semasa melakukan pekerjaan sahaja.
Lawatan ke Penjara Wanita Kajang pada 1 Disember 2023 pula adalah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Noor Hayati Binti Ishak. Semasa lawatan, peserta-peserta diberi penerangan ringkas mengenai aktiviti-aktiviti banduan dan diberi peluang melawat bengkel-bengkel serta sekolah integriti di dalam penjara bagi banduan remaja.
Kredit Foto : Siti Norasmahani Jamaludin
Kredit Foto : Siti Norasmahani Jamaludin
GALERI GAMBAR