Majlis Perasmian Kelas Pintar Luar Bandar@PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
14 April 2023  |  Telok Ayer Tawar
 
Program Kelas Pintar Luar Bandar@PERDA di Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar ini telah berlangsung di Dewan Al Ghazali, SK Telok Ayer Tawar dan dirasmikan oleh YBhg Dato' IR Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara dan Pengerusi PIBG SK Telok Ayer Tawar.

Program ini adalah merupakan salah satu daripada inisiatif galakan STEM di bawah Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) tahun 2022 dan Program Luar Bandar Cerdik STEM tahun 2023. Sebagai perintis bagi program ini, dua buah sekolah kebangsaan telah dipilih untuk menerima tajaan kemudahan kelas pintar berjumlah RM15,000.00 bagi setiap sekolah.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi menerapkan minat lebih ramai pelajar luar bandar terhadap STEM dengan mewujudkan sebuah kelas pintar yang mengaplikasikan kaedah pembelajaran berkonsepkan digital. Suasana pembelajaran baru seperti ini seiring dengan peredaran masa dan teknologi dan berjaya menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah setiap hari.



 

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.