07 Februari 2023 | Bangunan PERDA
Seramai 45 anggota kerja PERDA menerima pengiktirafan semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 yang disampaikan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sambil disaksikan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA dan Dato’ Afandi bin Nordin, Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan.
Majlis yang dilangsungkan di Dewan Mutiara Wawasan ini menyaksikan seramai 3 orang dianugerahkan Anugerah Pengurus Besar, 19 orang dikurniakan Anugerah Penghargaan dan 23 orang lagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Pengurusan PERDA mengucapkan tahniah dan berharap kesemua anggota kerja memberikan mutu perkhidmatan yang cemerlang secara berterusan.
GALERI GAMBAR