12 Disember 2023 | KOMTAR, Pulau Pinang
GEORGE TOWN –YB. Dato' Haji Rosli Bin Isa , Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Mohd Asri bin Baharum @ Harun, Pengurus Besar PERDA di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Aras 25, KOMTAR pada 12 Disember 2023.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengunjungi YB. Dato' Haji Rosli Bin Isa, Setiusaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 12 Disember 2023.
Kunjungan ini bertujuan untuk bertemu secara rasmi dengan YB. Dato' Haji Rosli yang telah dilantik sebagai Setiausa Kerajaan Negeri pada 4 Oktober yang lalu.
Dalam pertemuan ini, Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri Baharum telah memperkenalkan PERDA sebagai agensi pembangunan di Pulau Pinang di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Dalam sesi ini, beliau juga telah menyampaikan penerangan, fungsi, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh PERDA di negeri ini untuk pengetahuan YB. Dato' Haji Rosli.
Selain itu, ia juga bertujuan menjalin hubungan yang baik antara PERDA selaku agensi persekutuan dengan kerajaan negeri. Pelbagai topik dan perkara telah dibincangkan agar jalinan kerjasama dapat dilaksanakan untuk kemajuan dan pembangunan negeri Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR