Tahniah kepada para peserta iCompEx 2023 Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH)!
Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta melalui Pameran (iCompEx) ialah Pertandingan & Pameran Projek Inovasi atau Penemuan Baru.
Pertandingan ini menjadi platform untuk peserta mempromosikan hasil penyelidikan mereka kepada orang ramai. Ia juga merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan penyelidik dalam menghasilkan inovasi atau ciptaan asli. iCompEx terbuka kepada penyelidik dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Agensi Kerajaan, Agensi Swasta , Sekolah, Individu dan lain-lain.
iCompEx merupakan acara tahunan anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah, sejak 2013. Penganjuran iCompEx mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Kerajaan Negeri Kedah. Pada tahun 2015, iCompEx berjaya menarik penyertaan paling ramai, yang kemudiannya diiktiraf oleh "Buku Rekod Malaysia untuk Menganjurkan Penyertaan Terbesar dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta."
Keputusan:
1.PEST SHREDDER - GOLD MEDAL (Jabatan Teknologi Pembuatan)
2.MECHANICAL VEGETABLE PICKER - SILVER MEDAL (Jabatan Teknologi Pembuatan)
3.SMART LIZARD - SILVER MEDAL (Jabatan Teknologi Pembuatan)
4.SILAGE EZI CAP - GOLD MEDAL (Jabatan Kejuruteraan Pertanian)
5.INDOOR MUSHROOM CASE WITH APPLICATION OF ELECTROMAGNETIC GENERATOR - SILVER MEDAL (Jabatan Kejuruteraan Pertanian)
6.FEUL LID SAFETY SYSTEM - GOLD MEDAL (Jabatan Teknologi Automotif)
7.ELECTRONIC BLEEDING BRAKE - SILVER MEDAL (Jabatan Teknologi Automotif)
8.SMART HOSTEL - SILVER MEDAL (Jabatan Teknologi Komputer)
GALERI GAMBAR