14 - 15 Ogos 2023 | PERDA Convention Centre (PCC), Kubang Menerong
Seksyen Kecemerlangan Akademik, Bahagian Pembangunan Insan telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Sasbadi Learning Solutions Sdn Bhd di dalam penganjuran NRC 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Ini adalah merupakan penglibatan buat julung kalinya PERDA di dalam acara robotik tahunan peringkat negeri sebagai salah satu inisiatif galakan STEM di bawah Program Luar Bandar Cerdik STEM bagi tahun 2023.
Pertandingan NRC 2023 peringkat Negeri Pulau Pinang ini telah berlangsung selama 2 hari bermula 14 Ogos hingga 15 Ogos bertempat di PERDA Convention Centre (PCC), Kubang Menerong. Sebanyak 9 kategori acara telah dipertandingkan bagi kedua-dua peringkat pelajar sekolah rendah dan menengah.
Pemenang pertandingan ini bakal mewakili negeri Pulau Pinang di pertandingan NRC 2023 peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 4 - 7 September 2023 di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
70 buah sekolah yang terlibat di bawah tajaan program robotik PERDA juga turut menyertai pertandingan ini dan telah berjaya menjadi johan acara Robomission Rookie kategori sekolah rendah dan menengah melalui SK Machang Bubok (sekolah rendah) dan SMK Permatang Pasir (menengah rendah) dan SMK Mengkuang (menengah atas).
Acara penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA pada 14 Ogos 2023 dan Encik Mohamad Said bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, JPNPP pada 15 Ogos 2023.
GALERI GAMBAR