17 Ogos 2023 | Dewan Mutiara Wawasan, PERDA
Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat PERDA telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, PERDA.
Dianggarkan lebih 100 anggota kerja PERDA hadir bagi memeriahkan majlis dengan berpakaian yang bertemakan warna-warni kemerdekaan.
Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum dalam ucapannya menyifatkan bahawa sambutan kemerdekaan adalah penting dalam memastikan semangat cintakan tanah air terus subur dan perhubungan sesama masyakat terus dipelihara berdasarkan tema Hari Kebangsaan yang Ke-66 iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
Majlis turut diserikan dengan sesi bacaan Ikrar Rukun Negara dan laungan kemerdekaan yang dipimpin oleh Encik Muhamad Zaidi bin Md. Sulaiman serta nyanyian lagu-lagu patriotik.