19 - 21 Februari 2023 | Hotel Ideas, Kuala Lumpur
Bahagian Teknologi Maklumat PERDA telah menganjurkan satu Bengkel Perancangan Pembangunan Integrasi Digital Sistem Maklumat PERDA (Sistem Perolehan dan Sistem Perumahan PERDA) pada 19 - 21 Februari 2023 bertempat di Hotel Ideas, Kuala Lumpur.

Objektif Bengkel :
- Membincang dan menyediakan analisa keperluan pengguna secara menyeluruh terhadap sistem perolehan PERDA dan sistem perumahan PERDA yang merangkumi semua modul yang berkaitan dengan sistem tersebut.
- Input dan maklumat yang diperolehi diharapkan dapat menghasilkan rekabentuk integrasi sistem yang komprehensif bagi menyelesaikan masalah perolehan dan pengurusan perumahan yang wujud di PERDA.
Bengkel ini melibatkan 17 orang pegawai PERDA dari pelbagai bahagian dan seksyen.
Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd. Asri Bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd. Asri Bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
GALERI GAMBAR