Workcamp Penyelarasan Projek Membina Baru Premis IKS Tasek Gelugor Serta Projek Penggantian 14 Unit Kedai Permatang Buloh

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
21 - 23 Ogos 2023  |   De Baron Resort Langkawi

Bahagian Hartanah & Teknikal telah mengadakan Workcamp Penyelarasan Projek Membina Baru Premis Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Tasek Gelugor serta Projek Penggantian 14 Unit Kedai Permatang Buloh pada 21 hingga 23 Ogos 2023 bertempat di De Baron Resort Langkawi.

Tujuan workcamp diadakan adalah untuk memaklumkan mengenai cadangan projek IKS Tasek Gelugor dan Kedai Permatang Buloh dan untuk mendapatkan ulasan awal daripada Jabatan-jabatan Teknikal Utama terhadap pelan merancang yang disediakan.

Perkara ini secara tidak langsung akan dapat membantu memendekkan tempoh dan memudahkan proses kelulusan Pelan Kebenaran Merancang yang akan dikemukakan.

Workcamp ini dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan Haji Anuar bin Shahab. Workcamp ini turut dihadiri oleh Pengurus Hartanah dan Teknikal En Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop dan Pegawai-pewagai PERDA serta Perunding Projek berkaitan. Antara jabatan-jabatan Teknikal yang hadir ialah
Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai. Jabatan-jabatan teknikal lain yang hadir ialah PLANMalaysia Pulau Pinang, Pejabat Daerah & Tanah SPU, JPS, JKR dan IWK.

Rumusan daripada workcamp ini, PERDA dapat mengenalpasti isu-isu awal yang timbul bersama-sama dengan cara penyelesaian terhadap isu-isu tersebut.

Kredit Foto : Zainab Puteh

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.