Program Seminar Transformasi Jati Diri 2023 (PTP)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
30 - 31 Mei 2023  |  Midtown PERDA, Kubang Menerong

Seminar Pemantapan Jati Diri (PTP) merupakan program berbentuk motivasi yang bertujuan untuk membentuk keperibadian individu yang memiliki mindset dan perwatakan sebagai seorang yang berjaya khususnya dalam konteks pembangunan seorang business founder.

Objektif seminar ini adalah bagi mengeluarkan kecerdasan emosional dan spiritual peserta untuk memberi kesedaran tentang falsafah sebenar kehidupan dan membangunkan cara berfikir / mentaliti peserta yang teguh serta mempunyai sudut pandang yang jelas tentang kehidupan tanpa sebarang belenggu yang menutupi potensi diri.

Selain itu, ia bertujuan untuk menyeimbangkan antara kecerdasan intektual, kecerdasan emosional dan kecerdasan spiritual peserta dalam aktiviti seharian dan meluaskan sudut pandang peserta sehingga mampu berfikiran secara positif terutamanya dalam mengambil keputusan dan memimpin serta membangunkan semangat dan motivasi peserta untuk bersedia memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA. Hadir bersama Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, Ybrs. Norshiam Ramli, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Ybrs. Encik Mohamad Hazahari Md Haris, Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA, Ybrs. Encik Noorkhaizan Mohd Nor, Ketua Pegawai Operasi PVISB dan Ybrs. Encik Firdaus G. Djamaris, ESQ Licensed Trainer dan YBhg. Datuk Sr. Dr. Mohamad Farid Haji Saad, Presiden Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.