MOU antara PERDA dan DUZAK serta MOU antara PERDA dan MATSA bagi program TVET Tahfiz@PERDA-TECH

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
04 Mac 2023  |  Bangunan PERDA

Butterworth, 4 Mac - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bekerjasama dengan pusat tahfiz untuk melahirkan lebih ramai huffaz yang mempunyai kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, (TVET) melalui Program TVET Tahfiz@PERDA-TECH.

Merealisasikan hasrat itu, PERDA menandatangani Memorandum Persefahaman bersama dua institusi pendidikan agama iaitu Madrasah Darul Uloom Shaikh Zakariyya (DUZAK), Parit Buntar, Perak dan Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhiah Tahfiz Sains (MATSA), Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Memorandum persefahaman ini ditandatangani bersama Pengurus Besar PERDA Mohd Asri Baharum dan Pengerusi Kompleks Islam.Shaiks Zakariyya (DUZAK), Parit Buntar Mohd Noor Ariffin dan Pengasas Sekolah Menengah Agama Maahad As-Shaksiah Tahfiz Sains (MATSA) Osman bin Jaafar.

Majlis disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, Mas Rizal Mohd Hilmi dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Tajul Razi Abdul Aziz dan Penasihat Kehormat MATSA, Tan Sri Dr Mohd Yussof Latiff.

Jalinan kerjasama ini antara program Quick Win PERDA untuk membuka laluan kepada pelajar aliran agama mendapatkan peluang pendidikan kemahiran, membudayakan TVET dalam kalangan pelajar aliran agama bagi memenuhi keperluan industri masa kini.

Program rintis selama 6 hingga 12 bulan di PERDA-TECH ini melibatkan pengajian kejuruteraan kimpalan dan kejuruteraan automotif untuk fasa pengambilan pertama. PERDA-TECH turut menguruskan hal berkaitan kebajikan, disiplin, keselamatan, fasiliti pembelajaran hingga ke persijilan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Persijilan Kemahiran Malaysia yang diiktiraf Kerajaan Malaysia.

Pelajar tahfiz berkenaan juga akan meneruskan pengajian kitab dan hafazan di institusi agama masing-masing.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.