PERDA Johan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023 (Sektor Awam)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
16 September 2023  |  Pulau Pinang

We Made It! Syukur dan tahniah kepada Kontinjen Perbarisan Kawad Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) atas kemenangan sempena Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2023.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir bersama, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. YBrs. Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA telah menerima hadiah pada majlis tersebut.

Jutaan terima kasih kepada semua ahli kontinjen dan jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, dan tidak dilupakan kepada seluruh warga kerja PERDA yang sentiasa menyokong penuh kontinjen PERDA pada tahun ini.

We love you!


AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.