Penilaian Jawatankuasa Pematuhan SAGA bagi Sistem Aplikasi Perakaunan dan Kewangan PERDA

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
23 November 2023  |  Ibu Pejabat PERDA

Penilaian Jawatankuasa Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan [Standard Accounting System for Government Agency (SAGA)] Bagi Sistem Aplikasi Perakaunan Dan Kewangan PERDA telah diadakan pada 23 November 2023. Tujuan penilaian ini adalah untuk menilai kelayakan PERDA untuk diiktiraf untuk Sijil Pematuhan SAGA.

Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum mengetuai pasukan pelaksana SAGA PERDA di bawah seliaan Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Puan Noor Hayati binti Ishak. Ketua pasukan bagi kriteria fungsian ialah Puan Nor Riyana binti Ramli, Pengurus Kewangan, manakala ketua pasukan bagi kriteria teknikal ialah Puan Hereti binti Desa.

Panel Penilai diketuai oleh Puan Anishah binti Abd Wahid, Timbalan Pengarah bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)  selaku ketua panel dan panel-panel yang terlibat mewakili JANM ialah Encik Azeman bin Miskah, Encik Mohamad Nor Azam bin Sabtu, Encik Wan Aswad bin Wah Harun serta Encik Muhammad Azhar Fairuzz Hiloh . Panel turut disertai oleh YM Tengku Azharuddin bin Tuan Mohd Amin dari Bahagian Teknologi Maklumat, Kementerian Kewangan Malaysia.

Manakala wakil daripada Bahagian Akaun Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ialah Puan Sabariah binti Yusof @ Eusope, Setiausaha Bahagian Akaun dan Puan Sunita binti Mohd Sari, Penolong Ketua Akauntan, KKDW.

#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #luarbandarsejahtera #mediaperda #perdabantu
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.