Bengkel Perancangan Program Pembangunan Bahagian Pembangunan Insan 2024

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
6 - 7 Disember 2023  |  Hotel Bahang Bay

Bahagian Pembangunan Insan telah melaksanakan Bengkel Perancangan Program Pembangunan bagi tahun 2024 yang bertempat di Bahang Bay Hotel Teluk Bahang.

Bengkel ini bertujuan merancang program-program di bawah Bahagian Pembangunan Insan melalui wang pembangunan yang akan diperuntukan bagi tahun 2024.

Pelbagai program dirancang bagi memastikan peruntukan yang disalurkan sampai kepada masyarakat, komuniti dan pelajar-pelajar sekolah di kawasan operasi PERDA.

Di samping itu, program ini turut melibatkan aktiviti eksplorasi eko-pelancongan Taman Negara Pulau Pinang dengan kerjasama Koperasi Sinar Azam Pulau Pinang Berhad yang turut merupakan koperasi di bawah Program Desa Lestari, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Turut hadir ke bengkel ini adalah Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.