Program Pensijilan Halal PKS PERDA Tahun 2023

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 
5 - 6 September 2023  |  Hompton Hotel By The Beach, Pulau Pinang
 
PERDA sedang dalam proses membimbing 10 syarikat PKS Pulau Pinang dalam memperolehi Sijil Pengesahan Halal daripada JAKIM.

Program ini melibatkan kluster usahawan daripada kategori premis makanan dan pembuatan produk. 10 syarikat yang terpilih melalui sesi saringan awal serta temuduga akan mengikuti perjalanan program selama 16 minggu yang akan dibimbing oleh pihak Halal Academy selaku konsultan yang dilantik.

Satu siri kursus telah dianjurkan sebagai salah satu komponen pelaksanaan program ini. Kursus tersebut telah berlangsung pada 5 - 6 September 2023 bertempat di Hompton Hotel By The Beach, Pulau Pinang melibatkan pihak konsultan dan semua peserta program. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Hazahari bin Md Haris selaku Pengurus Pembangunan Ekonomi, PERDA.


AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.