Perasmian Kelas Pintar Luar Bandar@PERDA telah diadakan pada 23 Jun 2023 di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau dan telah disempurnakan oleh YBhg Dato' IR Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA.
Program ini adalah merupakan salah satu daripada inisiatif galakan STEM di bawah Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) tahun 2022 dan Program Luar Bandar Cerdik STEM tahun 2023.
Sebagai perintis bagi program ini, dua buah sekolah kebangsaan telah dipilih untuk menerima tajaan kemudahan kelas pintar berjumlah RM15,000.00 bagi setiap sekolah.
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi menerapkan minat lebih ramai pelajar luar bandar terhadap STEM dengan mewujudkan sebuah kelas pintar yang mengaplikasikan kaedah pembelajaran berkonsepkan digital.
Suasana pembelajaran baru seperti ini seiring dengan peredaran masa dan teknologi dan berjaya menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah setiap hari.
Foto : Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau