07 Februari 2023 | Butterworth
BUTTERWORTH, 7 Feb (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebagai satu daripada agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk terus membangunkan modal insan luar bandar secara komprehensif ke arah kecemerlangan masyarakat.
Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang berkata usaha ini akan diteruskan melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan luar bandar dan pembangunan bina daya insan.
"Program TVET PERDA dilaksanakan di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dengan tujuh program sijil dan enam program diploma yang setakat ini 11,051 orang graduan telah tamat pengajian.
"Pencapaian kebolehpasaran PERDA-TECH pada 2022 adalah sangat membanggakan yang 75 peratus graduan bekerja dalam bidang, 13 peratus graduan bekerja di luar bidang dan 12 peratus graduan melanjutkan pelajaran," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PERDA di sini hari ini.
Selain itu, menurutnya bagi membangunkan ekonomi luar bandar, PERDA telah membimbing tiga koperasi untuk melaksanakan Projek Agrotourism Tasek Gelugor sebagai pusat tarikan pelancongan yang tersohor dalam bidang agropelancongan, ekopelancongan dan pelancongan pendidikan.
Rubiah berkata tiga koperasi terlibat adalah Koperasi Nelayan Sungai Labuh Banting Pulau Pinang Berhad, Koperasi Nelayan Sungai Korok/Air Itam Seberang Perai Berhad dan Koperasi Nelayan Sungai Pengkalan Machang Seberang Perai Berhad.
Beliau berkata kawasan agropelancongan itu mempunyai infrastruktur asas seperti jeti, ruang parkir kenderaan pengunjung dan depoh rehat.
"Program ini juga menyumbang terhadap peningkatan tahap pendapatan masyarakat luar bandar dan daya asing industri pelancongan iaitu bilangan pelancong pada tahun 2022 adalah 454 orang dan menjana pendapatan sebanyak RM31,749.
"Objektif projek ini adalah bagi membangunkan komuniti perniagaan bumiputera yang berdaya saing dalam industri pelancongan, meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat serta memelihara dan memulihara warisan alam semula jadi, budaya dan adat resam masyarakat setempat," katanya.
-- BERNAMA
Sumber Artikel : BERNAMA

GALERI GAMBAR