Program Rakan Komuniti PERDA di Taman Sungai Dua Utama

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
06 Ogos 2023 | Taman Sungai Dua Utama

Program merupakan sebuah program kerjasama antara PERDA & penduduk Pangsapuri Taman Sungai Dua, Utama.

Bersempena dengan sambutan tahun baru 1445 hijrah, acara bergotong royong mengacau bubur asyura diraikan bagi memupuk semangat kerjasama diantara kakitangan PERDA dan penduduk setempat disamping dapat merapatkan tali silaturahim.

Secara kebetulan juga awal bulan hijrah pada tahun ini berada dalam bulan Ogos. Oleh itu pihak PERDA turut mengambil kesempatan untuk melancarkan sambutan ambang kemerdekaan.

Pada penghujung majlis Tuan Haji Mohd Asri, Pengurus Besar PERDA menyerahkan jalur gemilang kepada Encik Ibrahim bin Ismail, Pengerusi JMB Pangsapuri Taman Sungai Dua Utama, sebagai simbolik pelancaran bulan kemerdekaan.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar(Pembangunan) PERDA dan Encik Mohd Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Bahagian Hartanah & Teknikal PERDA.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.