30 - 31 Januari 2023 | Hotel Seri Malaysia Kepala Batas
Pengurusan PERDA telah menganjurkan Kursus Elaun Lebih Masa, Elaun Tuntutan Perjalanan Dan Panjar Wang Runcit dengan kerjasama Jabatan Akauntan Negara, Negeri Pulau Pinang. 40 warga kerja PERDA terdiri daripada pelbagai gred dan skim perjawatan telah menghadiri kursus ini.
Dua orang penceramah dari Jabatan Akauntan Negara, Negeri Pulau Pinang telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan peserta. Penceramah terlibat ialah Encik Muhammad Hafizul bin Md Hadzir dan Encik Masree bin Mohd Yusof. Kursus ini telah diadakan selama dua hari pada 30 hingga 31 Januari 2023 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, SPU.
Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua peserta berkaitan prosedur dan peraturan berkaitan dengan elaun lebih masa, elaun tuntutan perjalanan dan panjar wang runcit . Semua peserta telah didedahkan dengan maklumat yang lengkap dan mengambil bahagian yang aktif dalam sesi soal jawab bagi setiap ceramah yang diberikan.

GALERI GAMBAR