16 April 2023 | Butterworth
Tahun ini PERDA4U meneruskan agenda tahunan iaitu Program Singgah Sahur yang merupakan tahun ke-5 dilaksanakan sejak tahun 2019.
Pada kali ini PERDA4U menyantuni gelandangan dengan edaran kit kebersihan serta pek makanan sahur kepada petugas keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan di sekitar Pulau Pinang.
Turut serta dalam program ini adalah Tuan Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA dan Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA.
PERDA4U mengedarkan lebih 500 pek makanan sahur dan sumbangan di beberapa lokasi antaranya:
- Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang
- Hospital Pulau Pinang
- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
- Penjara Pulau Pinang
- Maritim Pulau Pinang
- Balai Bomba dan Penyelamat
PERDA4U adalah program sosial dan kemasyarakatan serta aktiviti sukarelawan yang dianggotai oleh kakitangan PERDA. Justeru PERDA4U akan terus menyantuni komuniti dan masyarakat khususnya di Pulau Pinang.
Jutaan terima kasih kepada usahawan- usahawan PERDA dan semua rakan- rakan penyumbang yang terlibat dalam menjayakan program ini.