28 September 2023 | Bayan Lepas
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1445H/2023M yang bertemakan Perpaduan Teras Madani.
Kontinjen PERDA diwakili 30 orang anggota. Perarakan tersebut bermula dari Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana, Bayan Lepas dan bergerak ke Dewan Mutiara Hotel Raia, Bayan Lepas.
Sambutan Maulidur Rasul dirasmikan oleh TYT Tun Dato' Sri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak. Sambutan tersebut diisi dengan persembahan nasyid dan ceramah perdana yang disampaikan oleh YBhg. Dato Mohd Kazim bin Elias yang bertajuk Rasullulah Disanjung Sunnah Dijunjung.
GALERI GAMBAR