17 Oktober 2023 | Bangunan PERDA
Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Asri bin Baharum hari ini menyerahkan bendera PERDA kepada Ketua Kontinjen MAKSPEN XIV PERDA, Puan Noor Hayati Ishak sebagai simbolik kepada pelepasan kira-kira 170 orang atlet PERDA ke kejohanan ini.
Rata-rata atlet dilihat bersemangat semasa sesi pelepasan ini dan sedia untuk beraksi dalam semua acara yang disertai.
Dalam ucapan Pengurus Besar, beliau mengharapkan kesemua atlet yang mengambil bahagian menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak menimbulkan sebarang provokasi kepada mana-mana pihak serta sentiasa menjaga nama baik PERDA.
GALERI GAMBAR