Sebuah program penanda aras ke Selangor Halal Hub, Pulau Indah, Selangor Darul Ehsan telah berlangsung pada 05 Julai 2023.
Objektif program penanda aras ini adalah untuk melihat dan bertukar pandangan mengenai pengurusan 'Halal Park' terutamanya berkaitan pembangunan tanah bagi tujuan pembinaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Selain itu, hasil program ini juga akan digunakan sebagai input kepada PERDA bagi penambahbaikan berterusan pengurusan PERDA Halal Park serta peluasan Kompleks PERDA Food Park untuk fasa yang seterusnya.
PERDA merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat pengurusan Selangor Halal Hub iaitu Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. di atas kesudian menerima delegasi PERDA yang diketuai oleh Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan diurusetiakan oleh Bahagian Perancangan Strategik.
Kredit Foto : Norzambri bin Azizan
GALERI GAMBAR