7 April 2023 | 16 Ramadan 1444 Hijrah
Masjid Jamek Teluk Bahang
Masjid Jamek Teluk Bahang
Semalam telah diadakan Program Pembangunan Komuniti Harmoni bersama komuniti setempat di Masjid Jamek Teluk Bahang. Bermula seawal 9.00 pagi anggota PERDA bersama komuniti setempat bergotong-royong memasak bagi menyediakan bubur lambuk serta hidangan juadah berbuka puasa.
Dalam program ini juga telah diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada 50 penerima terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan OKU. Sumbangan ini disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Pengurus Bahagian Perancangan Strategik mewakili pihak Pengurus Besar PERDA.
Program ini adalah bertujuan mengeratkan hubungan antara PERDA dan komuniti setempat selain menyampaikan sumbangan kepada kumpulan sasar.
Pihak PERDA merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Khariah Masjid Jamek Teluk Bahang kerana sudi menerima kunjungan pihak PERDA serta bersama-sama menjayakan program ini.
GALERI GAMBAR