Lawatan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke Taman Agroteknologi Pertanian PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
30 September 2023  |  Pulau Pinang

PERDA turut menyumbang kepada pengeluaran hasil pertanian di negeri ini. Ia dilakukan melalui penyewaan tanah-tanah PERDA yang masih belum dibangunkan bagi tujuan pembangunan hartanah/komersial.

Seramai 130 peserta/syarikat ketika ini sedang menyewa tanah PERDA (seluas 1,058.00 ekar untuk pertanian pada kadar sewaan RM50.00 ke RM150.00 seekar sebulan.

Kawasan pertanian yang dikenali sebagai Taman Agroteknologi Pertanian PERDA dan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang (PERDA Food Valley) yang terletak di Tasek Gelugor, hasil kerjasama bersama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang seluas 341 ekar, pengurusan oleh anak syarikat PVISB seluas 297 ekar dan pengurusan oleh PERDA sendiri seluas 420 ekar.

Kawasan ini diusahakan dengan tanaman kontan antaranya sayur daun dan sayur buah manakala sebahagian kecil diusahakan untuk aktiviti penternakan.

Pengeluaran hasil daripada PERDA Food Valley ini, mencecah 4,201 metrik tan bersamaan RM6,352,709.00 sehingga Ogos 2023.

Sumbangan PERDA dalam menyediakan tanah untuk aktiviti pertanian bagi meningkatkan pendapatan komuniti dan masyarakat setempat terutamanya usahawan tani dalam kawasan Seberang Perai Utara.

Cadangan kerjasama bersama Northern Corridor Economic Region (NCER) bagi penyewaan tanah milik PERDA bagi pelaksanaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat – Usahawan Tani (IPR-INTAN).

Perbincangan bersama telah diadakan di pejabat PERDA pada 21 September 2023 dan PERDA telah mencadangkan satu lokasi kawasan seluas 10 ekar di Lot 1761, Ara Kuda.

Selain itu, PERDA juga membantu dalam menaiktaraf jalan pertanian bagi penyewa tanah dalam meningkatkan aksesibiliti dan kualiti infrastruktur pertanian. Ia dapat memberi banyak manfaat kepada usahawan tani dan pertanian tempatan secara keseluruhannya.

PERDA telah melaksanakan projek menaiktaraf jalan pertanian kawasan PERDA dengan menggunakan peruntukan Wang pembangunan kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan dengan jarak seluas 4.5 km panjang, 3 meter lebar dengan kos keseluruhan berjumlah RM600,000.00 untuk tempoh tiga (3) tahun bermula tahun 2020 sehingga 2022.
 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.