Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Integriti PERDA 2023 dan Pertandingan Explorace Integriti PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
17 November 2023  |  Lobi Utama Bangunan PERDA

PERDA telah menganjurkan Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Integriti PERDA 2023 pada 17 November 2023 bertempat di Perkarangan Lobi Utama PERDA. Tema sambutan bulan integriti pada tahun ini adalah Integriti Citra Malaysia Madani.

Pengurus Besar semasa ucapan perasmiannya antara lain menyentuh tentang pemilikan harta itu hendaklah secara halal kerana ia akan memberi kesan kepada diri kita dan keluarga. Selain itu, beliau berharap agar semua anggota kerja PERDA sentiasa melaksanakan tugasan dengan ikhlas dan berintegriti kerana kerja itu adalah satu ibadah ke arah memperolehi keberkatan hidup.

Sambutan Bulan Integriti di peringkat PERDA dimulakan dengan program Explorace Integriti yang telah berlangsung sejurus selepas peluncuran Sambutan Bulan Integriti PERDA yang disertai oleh seramai 35 orang anggota kerja PERDA yang mewakili 7 kumpulan. Tujuan diadakan Pertandingan Explorace Integriti ini adalah untuk memupuk semangat berpasukan disamping membudayakan dan menambah pengetahuan berkenaan integriti melalui permainan serta soalan disetiap "checkpoint" yang disediakan.

Keputusan Explorace Integriti ini akan diumumkan pada hari Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Integriti PERDA pada 28 November 2023 nanti. Pertandingan Explorace ini dianjurkan dengan kerjasama AKRAB PERDA, PUSPANITA PERDA dan KELAB SUKAN dan KEBAJIKAN PERDA.

#perda #merealisasikanharapanrakyat #KKDW #luarbandarsejahtera #mediaperda #perdabantu

Kredit Foto : Saidatul ‘Izzat
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2023

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2024 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.