Bengkel ini bertujuan menghasilkan sebuah modul yang akan digunakan semasa Program Lonjakan SPM 2025 yang dijadualkan diadakan pada bulan Ogos hingga Oktober 2025.
Sasaran PERDA adalah untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar luar bandar dalam kalangan keluarga B40 terutama melibatkan subjek STEM dan Bahasa Inggeris agar setara dan seimbang dengan tahap pelajar-pelajar lain di kawasan bandar.
Secara tidak langsung, modul yang direka untuk program ini akan dapat membantu pelajar-pelajar membuat persiapan akhir menghadapi peperiksaan SPM melibatkan subjek-subjek yang dikenal pasti lemah dan kritikal di kalangan pelajar luar bandar.
Diharapkan usaha ini dapat membantu meningkatkan pencapaian para pelajar luar bandar dalam peperiksaan SPM tahun 2025.
GALERI GAMBAR