19 Ogos 2025 | Kangar, Perlis
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus memperkukuh peranannya sebagai pemacu pembangunan pendidikan teknikal negara apabila mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kunjungan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA, bersama barisan kepimpinan termasuk YBhg. Dato’ Mohd Asri bin Baharum dan Tuan Haji Rohaimi bin Othman, Pengarah PERDA-TECH.

Pertemuan dua hala ini menjadi wadah penting dalam membincangkan aspek artikulasi pendidikan teknikal serta meneroka ruang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua institusi. Ia sejajar dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030, yang menekankan kepentingan penyelarasan ekosistem pendidikan dan industri dalam melahirkan tenaga kerja mahir serta berdaya saing di peringkat global.
Majlis bersejarah ini turut menyaksikan upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PERDA dan UniMAP. MoU tersebut merangkumi skop kerjasama dalam penyelidikan, pertukaran teknologi dan perkongsian kepakaran khususnya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Langkah ini dijangka membuka laluan baharu kepada inovasi teknologi, pemindahan ilmu serta penghasilan penyelidikan yang lebih bersifat aplikasi dan berimpak tinggi.
Kerjasama strategik ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan UniMAP sebagai universiti teknikal berprestij, malah memperlihatkan komitmen PERDA untuk memperluas jaringan pendidikan TVET di luar sempadan negeri. Dengan adanya usaha sama ini, peluang untuk membina modal insan berkemahiran tinggi, memperkukuh daya saing industri, serta menyokong agenda pembangunan negara akan dapat direalisasikan dengan lebih terancang dan mampan.
GALERI GAMBAR