Kunjungan Hormat KEDA Agrobiz Sdn. Bhd. Ke Atas PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

11 November 2025   |   Ibu Pejabat PERDA

PERDA hari ini menerima kunjungan hormat daripada pihak KEDA Agrobiz Sdn. Bhd. yang diketuai oleh wakil pengurusan KEDA Holding Sdn. Bhd.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara PERDA dan KEDA Agrobiz dalam bidang pembangunan ekonomi luar bandar, khususnya melibatkan sektor perniagaan.

Sesi pertemuan ini turut dihadiri Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan pengurusan kanan PERDA. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra ini membincangkan potensi kolaborasi bersama bagi meningkatkan peluang ekonomi masyarakat luar bandar melalui projek-projek berimpak tinggi.

PERDA merakamkn setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KEDA Agrobiz Sdn. Bhd. atas kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus kukuh demi manfaat rakyat dan pembangunan luar bandar yang mampan.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.