Delegasi KEJORA Mengadakan Lawatan Rasmi Ke PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
27 Februari 2025   |   Seberang Perai Utara

Delegasi dari KEJORA yang diketuai oleh YB Senator Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman telah mengadakan lawatan rasmi ke PERDA. Lawatan ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Audit KEJORA, Datin Zaeidah, Tuan Ahmad, Tuan Rizal selaku Ketua Unit Audit Dalam, bersama ahli-ahli Unit Audit Dalam (UAD) KEJORA.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Anuar Shahab. Seterusnya, sesi perutusan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit KEJORA dan Pengerusi Jawatankuasa Audit PERDA, serta Ketua Unit Audit Dalam KEJORA dan PERDA.

Delegasi kemudian meneruskan lawatan ke PERDA-FOOD PARK bagi meninjau operasi dan inisiatif yang dilaksanakan. Objektif utama lawatan ini adalah untuk berkongsi kaedah yang digunakan oleh PERDA dalam membantu usahawan Bumiputera di Pulau Pinang mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.

FOTO : ASWADI AB

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.