Kunjungan Hormat Ke Atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Oleh PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
17 September 2025    |    Anjung Mutiara 

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada hari ini bertempat di Anjung Mutiara.

Dalam sesi tersebut, PERDA telah berkesempatan memberi taklimat mengenai peranan sebagai agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), khususnya dalam memperkasa komuniti desa, merancakkan pembangunan sosioekonomi, serta melahirkan usahawan dan modal insan berdaya saing di Pulau Pinang.

Kunjungan hormat ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Mohd Asri bin Baharum; Pengurus Besar PERDA, YBrs. Puan Noor Hayati binti Ishak; Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), YBrs. Tuan Haji Anuar bin Shahab; Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan YBrs. Encik Rohaimi bin Othman; Pengarah PERDA-TECH.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.