4 September 2025 | Ibu Pejabat PERDA
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini menganjurkan Sesi Dialog Belanjawan 2026 bersama pihak berkepentingan di Dewan Seri Lestari, Putrajaya.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sesi libat urus ini bertujuan mengumpul pandangan serta cadangan daripada pelbagai pihak bagi memastikan penyediaan Belanjawan 2026 dapat dirangka secara inklusif dan holistik.
Lebih 1,000 peserta terlibat secara hibrid, termasuk wakil agensi kerajaan, ketua jabatan, agensi di bawah KKDW, pejabat KKDW negeri, persatuan perniagaan, dewan koperasi, usahawan, NGO dan ahli akademik.
Penyertaan PERDA dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkukuh agenda pembangunan luar bandar yang lebih inklusif dan berdaya saing.