Program Perkasa Belia: Bina Jati Diri Peribadi Unggul telah diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2025 bertempat di Kem Motivasi Belia Bukit Besar, Kulim, Kedah.
Program ini bertujuan untuk membentuk jati diri unggul, meningkatkan tahap keyakinan dan disiplin diri dalam kalangan golongan muda. Sepanjang program, para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat kebersamaan yang membanggakan, selaras dengan matlamat untuk membina sahsiah terpuji serta memperkukuh semangat kepimpinan dalam kalangan belia.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Shah Headan Ayoob Hussain Shah dan Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), PERDA. Secara keseluruhan, program ini telah memberi impak positif dalam membina potensi belia agar bersedia menghadapi cabaran masa kini dengan lebih yakin dan berdaya tahan.